Hero Teman Lelaki Upahan Mengaku Kekok Dalam Adegan Romantik?

Pelakon yang semakin mendapat perhatian, Ungku Ismail Aziz semakin dikenali selepas drama bersiri yang dilakonkan bersama Siti Elizad Sharifuddin dalam “Teman Lelaki Upahan”. Katanya dia agak kekok melakonkan adegan romantik dengan heroin yang sudah berkahwin ataupun mempunyai kekasih.

Tambahnya lagi, perasaan itu timbul semasa menjayakan drama bersiri “Teman Lelaki Upahan bersama si cantik Elizad yang merupakan tunangan orang dan bakal mendirikan rumah tangga pada 11 April ini.

“Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.

“Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran,” katanya.


Ikut Ungku Ismail lagi, dia agak rasa kurang selesa dengan populariti yang diraih kini menerusi drama tersebut kerana tidak pernah mendapat perhatian seperti itu sebelum ini.

Tapi padanya, dia cuba juga untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebegitu dan menyedari ia hanya bersifat sementara saja.

“Saya berlakon sudah lama tetapi menerusiĀ “Teman Lelaki Upahan” adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu.

“Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini,” katanya.

Bagi Ungku, biarpun sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan namun baru harini dirinya dikenali. Tambah pelakon ini lagi, dia akan terus mengembangkan sayapnya selagi dia masih diingati ramai dan mengambil peluang tersebut untuk membuktikan kebolehannya.

“Sesuatu yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya dan populariti yang diperoleh daripada Teman Lelaki Upahan seharusnya saya gunakan dengan cara positif selain memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.

“Ini peluang saya untuk membuktikan bakat saya sebagai pelakon dan masih banyak ingin saya capai dalam bidang ini,” jelasnya.

Tahniah untuk Ungku Ismail Aziz, walaupun baru sekarang dikenali tapi insyaAllah lepas ini mungkin rezeki akan bertambah. Moga semakin berjaya dalam dunia lakonan ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s