Ramona Zamzam Pilih Jejaka Palestin?

Ramona Zamzam, satu nama yang agak popular di laman sosial yang juga merupakan seorang pelakon dalam industri. Sebelum ini dia pernah dituduh sebagai perampas kebahagiaan seorang artis yang meningkat naik. Tapi itu cerita lama, sekarang dengar kata, hati pelakon ini telah ditawan oleh seorang jejaka dari Palestin, Rami Alashkar.

Dengar cerita lagi, mereka bakal bernikah pada 15 Mei nanti, Ramona dan Rami kini sama-sama menghitung hari menjelang detik bersejarah mereka yang akan berlangsung nanti malah pelakon filem Jengka ini juga tidak melangsungkan majlis pertunangan.

Tambah Ramona, kurang dari sebulan dia akan bergelar isteri kepada Rami. Tahniah MiG Online ucapkan. Katanya lagi, mereka tidak akan mengadakan majlis pertunangan malah akan terus bernikah.

“Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang”.

“Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama”.

Tahniah buat Ramona Zamzam, moga hubungan dan pernikahan yang bakal berlangsung akan berjalan dengan lancar dan diberkati olehNya. Selamat Berbahagia untuk Ramona dan Rami🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s