“Saya Tak Layak Bercakap Soal Kahwin”- Anis Al Idrus?

Kalau siapa yang masih belum kenal, pasangan kepada Sharnaaz Ahmad ini adalah seorang model dan juga pelakon. Anis Al-Idrus atau lebih mesra dengan panggilan Anis memberitahu yang dia sudah memperkenalkan Sharnaaz Ahmad kepada keluarganya sejak awal perkenalan mereka.

Selain dari itu juga, Anis menambah lagi tujuan Anis memperkenalkan Sharnaaz kepada keluarganya adalah supaya keluarganya tidak bimbang selain boleh mengenali lelaki yang rapat dengannya waktu ini.

“Saya memang akan kenalkan kawan-kawan saya kepada keluarga, begitu juga Sharnaaz. Sejak mula kami berkawan lagi saya sudah temukan dia dengan keluarga agar keluarga mengetahui dengan siapa saya berkawan.

“Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa saya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia),” ujarnya.

 Ikut Anis lagi, tentang soal cintanya dengan Sharnaaz, Anis mengaku yang dia sudah bertemu dengan keluarga Sharnaaz ketika meraikan hari jadi Sharnaaz tahun lalu.

“Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia,” ujarnya.

Anis berkata, dia sekarang menganggap Sharnaaz seperti tulang belakangnya kerana Sharnaaz lah yang banyak membantunya dalam perniagaan butiknya yang beroperasi di Alam Avenue 2, Shah Alam.

“Saya seorang wanita yang lembik dan kalau tidak kerana dia yang banyak bantu, tidak mungkin saya kini ada sebuah butik sendiri walaupun sudah tiga tahun berniaga tudung.

“Dia adalah tulang belakang dan tempat saya mengadu masalah,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang perancangan seterusnya mengenai hubungan mereka, Anis meminta perkara itu ditanya sendiri kepada Sharnaaz.

“Sebagai perempuan saya tidak layak untuk komen tentang perkara berkaitan hal perkahwinan. Apa-apa pun biar dia yang beri kenyataan tentang hubungan kami.

“Buat masa ini apa yang saya boleh cakap,  dia adalah dia lelaki paling rapat dengan saya,” ujarnya.

Orang cakap, kalau dah serasi tu jangan tunggu lama-lama, hehe. Memang sesuai sangat MiG Online tengok mereka berdua ni. Kalau ada perancangan nanti bagitau lah yea. Apapun, moga semakin maju dalam bidang yang Anis ceburi, tak kira lah dalam modeling, lakonan ataupun perniagaan. Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s