“Terima Kasih Cinta” Tasha Manshahar dan RJ?

Penyanyi yang popular dengan lagu “Cuba Teka” iaitu Tasha Manshahar dah lama tak dengar khabar berita kan?

Tapi harini dengar kata Tasha bakal bergabung dengan penyanyi rappers RJ dalam single terbarunya yang berjudul “Terima Kasih Cinta”. Wahh, ingatkan bercinta betul tadi, hehe.

Kalau korang nak tau, untuk yang kali ini Tasha bawa kelainan sikit dengan menampilkan muzik yang lebih segar dan membawakan elemen Hip Hop dalam lagu tersebut. Walaupun pertama kali bekerjasama bersama RJ, itu tidak menjadikan sebarang masalah. Mereka berdua profesional didalam memberikan hasil yang terbaik buat peminat di luar sana.

Mendapat sentuhan komposer DJ Fuzz, Tasha turut mengaku yang dia ingin lari dari bayangan sebelum ini serta mengakui pertama kali membawakan lagu yang bukan hasil dari ciptaan sendiri.

Untuk semua peminat Tasha Manshahar dan RJ, lepas ni boleh lah layan single terbaru dorang bertajuk ‘Terima Kasih Cinta’, MiG Online dah, korang bila lagi? Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s