Hanez Suraya Bahagia Bersama Anak-Anak Romie

Hanez Suraya baru saja berkahwin dengan pasangan tercinta, Romie haritu. Dengar kata, selepas bergelar isteri dan ibu kepada 2 orang anak Romie ni makin bahagia.

Malah katanya lagi mereka semua sangat manja dan rapat dengan Hanez. Alhamdulillah, kalau sebelum ini bermacam dugaan dan rintangan yang Hanez lalui, tapi ternyata Hanez berhak dan layak untuk gembira di samping yang tersayang. Dua orang anak hasil perkahwinan suaminya yang sebelum ini ternyata tidak menjadi penghalang kemesraan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya.

Jelas terpancar kegembiraan dan kemanjaan anak-anak Romie selepas Hanez sah menjadi ibunya. Gambar dan juga kemanjaan anak-anak Romie ini dikongsikan bersama Hanez di akaun Instagram miliknya. Daripada gambar, MiG Online dapat rasakan anak-anak dan Hanez sangat serasi.

Tambah lagi, Hanez sendiri pernah mengaku yang dia agak sukar melupakan kisah lamanya dulu. Tapi kini Hanez mahu menjadi ibu yang baik serta isteri yang solehah kepada Romie.
Semoga ikatan kekeluargaan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa. Peminat semua doa-doakanlah untuk mereka ya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s