(PERADUAN) JOM TONTON FILEM HANTU BUNGKUS IKAT TEPI

“Hantu Bungkus Ikat Tepi” sebuah filem komedi seram bakal menemui korang tak lama lagi. Ada Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu, Abam Bocey dan ramai lagi.  Sebuah cerita yang akan confirm buatkan korang gelak tak ingat dunia, tak percaya? Jom MiG Online share sikit apa “Hantu Bungkus Ikat Tepi” ni nak sebenarnya..

“Cerita bermula apabila mereka menaiki kereta pada satu malam dan terlihat seorang lelaki berlumuran darah terbaring di atas jalan. Perasaan panik menyebabkan mereka memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cop jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.
Mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan membuang mayat tersebut tetapi  ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam mereka jika polis menemuinya nanti. Fuad, Fakhrul dan Fendi meminta bantuan Mimie (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut selepas mereka diganggu roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad (Yus), Fakhrul(Tauke) dan Fendi(Abam)”.

MiG Online yakin ramai yang tak sabar nak tonton filem ni dan MiG Online nak kasi peluang kat korang untuk sama-sama menonton filem ni bersama dengan para pelakon filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’. Nak tau caranya?

Cara nak join peraduan filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ senang je:

1. JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT

a) Bilakah filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ bakal ditayangkan?

b) Siapakah Heroin dalam filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ ni?

c) Namakan 3 hero dalam filem ini?

2. MACAM MANA NAK HANTAR? KORANG BOLEH HANTAR JAWAPAN KORANG KE EMAIL NI DENGAN TAJUK “PERADUAN BLOG Hantu Bungkus Ikat Tepi”

Sertakan butiran-butiran seperti berikut:

a) Nama Penuh Mengikut I/C

b) No Telefon

c) Email

d) Alamat Penuh Surat-Menyurat

3. HANTAR JAWAPAN KORANG KE:

migonline@metrowealth.com.my

(Anda akan dihubungi melalui email sekiranya terpilih. Sekiranya terdapat penukaran nama, sila maklumkan melalui pengesahan kedatangan anda melalui email. Terima Kasih)

SILA HANTAR SEBELUM 2 APRIL 2015

One thought on “(PERADUAN) JOM TONTON FILEM HANTU BUNGKUS IKAT TEPI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s