Sarimah Bakal Bernikah Dengan Kerabat?

Sudah lama kita tak dengar tentang cerita seorang penyanyi, pengacara dan penyampai radio ini. Diam tak diam lagi tiga hari lagi, Sarimah Ibrahim bakal dinikahkan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie dalam satu majlis pernikahan berkonsepkan tradisional Melayu.
Sarimah dan Tunku Jamie akan melangsungkan pernikahan mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada pagi 2 April (Khamis) ini.
Pada sebelah malamnya pula, mereka akan bersanding dalam satu majlis yang juga mengikut adat dan budaya perkahwinan masyarakat Melayu.
Sarimah turut mengakui pada mulanya dia agak janggal kerana perlu mempelajari adat istiadat dan protokol istana memandangkan bakal suaminya adalah kerabat diraja Negeri Sembilan. Tapi dia tetap akan mempersiapkan dirinya untuk lebih mengambil tahu tentang adat-adat tersebut.
 “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana Tunku Jamie banyak memberi panduan dan tunjuk ajar tentang adat istiadat dan protokol istana yang diketahuinya.
“Ada waktunya, saya sendiri akan bertanya tentang perkara yang saya rasa ingin tahu dan tidak begitu pasti. Ia secara tidak langsung membantu saya bagaimana untuk menyesuaikan diri kelak,” ujar Sarimah.
Sarimah Ibrahim insert 3Pasangan ini akan turut diraikan dalam resepsi di sebelah pihak Tunku Jamie yang mana gaya moden merupakan tema majlis yang akan diadakan sehari selepas persandingan di sebelah pihak Sarimah.

Meskipun persiapan majlis perkahwinan mereka sudah dibuat semasa mereka mengikat tali pertunangan pada September lalu, namun debaran menantikan hari bersejarah itu tetap dirasakan oleh pasangan ini.

Sarimah dan Tunku Jamie berharap agar majlis pernikahan dan persandingan mereka nanti berlangsung sempurna.
Dalam waktu yang sama, pasangan ini turut berdoa agar bahtera rumah tangga yang bakal dibina ini akan berkekalan ke penghujung usia memandangkan kedua-duanya pernah melalui episod duka semasa perkahwinan terdahulu.
Tahniah MiG Online ucapkan buat kedua-dua bakal mempelai. Moga berbahagia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s