Wak Doyok Dicop Playboy?

Wak Doyok seorang fesyen ikon yang menjadikan ramai anak muda sekarang ni gemar berfesyen sepertinya. Gaya yang elegan dan kemas membuatkan nama Wak Doyok kini dikenali.

Baru-baru ini timbul pula kisah yang mengatakan Wak Doyok ni playboy kerana sering bergambar dengan wanita-wanita cantik, betul ke?

“Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan, sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player’ oleh rakan lelaki lain, tapi sampai setakat itu saja,” jelas Wak Doyok.

Beliau berkata, tumpuan dan komitmennya kini lebih kepada kerjaya dalam industri fesyen dan bidang perniagaan yang diceburinya.

Baginya lagi dia sudah lali dengan kritikan dan juga cemuhan yang dilemparkan kepadanya selaku ikon fesyen.

Bila ditanya tentang soal hubungannya dengan seorang gadis dia turut menjelaskan hubungannya dengan model wanita ‘mat salleh’ dalam beberapa gambar dimuat naik di Instagramnya tidak lebih sebagai teman rapat sahaja yang sudah dikenali sejak hampir dua tahun.

“Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy,” katanya.

Amboi, siapa pulak yang kata Wak Doyok ni playboy? Tengok misai je orang dah takut tau, hehe. Gurau je Wak. Apapun, biarlah orang nak cakap apa, janji Wak terus majukan diri dalam bidang yang diceburi ok? Merecikkk gitu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s