Mamat Exist Di Penjara Bentong Kerana Dadah?

Bekas penyanyi kumpulan Exist, Mamat telah didenda RM4,500 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Raub selepas mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya, dua tahun lalu.
Mamat bagaimanapun gagal membayar denda dan dibawa ke Penjara Bentong untuk menjalani hukuman. Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memasukkan dadah jenis Amphetamine ke dalam badannya di sebuah rumah di Kuala Lipis, pada 19 Disember 2013.
Penyanyi itu kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai.
Pada 27 Mac lalu, Mamat sekali lagi ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana disyaki mengambil dadah Amphetamine namun belum lagi didakwa atas kesalahan tersebut.
Pemenang tempat ketiga program realiti Gegar Vaganza ini telah didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berdepan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sayang jika bakat yang ada tidak digunakan ke arah jalan yang betul. Doa MiG Online supaya Mamat berubah untuk kebaikan diri sendiri. Sama-samalah kita doakan yea.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s