Leuniey Alahan Teruk, Bakal Timang Cahaya Mata Kedua?

Pasangan bahagia Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha tambah bahagia selepas melahirkan puteri sulung mereka, Kayla Elayna.

Tapi semalam pemain bola sepak itu, ada memuatnaik satu gambarnya bersama isteri tercinta. Dan dalam kapsyen tersebut ada menyatakan mereka bakal menimang cahaya mata yang kedua tak lama lagi. Alhamdulillah, tahniah MiG Online ucapkan buat mereka.

Khairul Fahmi, Leuniey Bakal Timang Anak Kedua - ROTIKAYA20150403_1993

Patutlah sejak dua menjak ini Leuniey nampak makin berseri walaupun tanpa make-up, rupanya seri ibu mengandung. Selain itu juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apex ada memberitahu yang isterinya itu kini terkena alahan. Selain dari alahan tidak mahu berdandan lebih, ada beberapa alahan yang agak teruk Leuniey hadapi untuk anak yang kedua ini.

Biasalah, bagi ibu-ibu yang mengandung mesti akan mengalami alahan. Ada juga yang terkena alahan lain dari yang lain. Tak semua alahan sama kepada semua ibu mengandung tau.

Apapun, ramai peminat menyambut baik berita tersebut dengan memberi reaksi yang positif dan mendoakan mereka. Tahniah sekali lagi untuk Apex, Leuniey dan semestinya untuk Kayla sebab bakal jadi kakak tak lama lagi, yeayy! hehe. Jaga adik baik-baik ya nanti🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s