Syatilla Melvin Mengaku Berkawan Baik Dengan Shaheizy Sam, Tunggu Ke Fasa Seterusnya?

Pelakon kacak Shaheizy Sam yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Bukan sahaja mommy Sam yang risaukan tentang anak bujangnya ini, tapi peminat juga turut sama seringkali bertanya soalan yang sama bila Sam akan menamatkan zaman bujang. Yelah, semua pun tahu yang Sam seorang yang ‘good-looking’, dan berkemampuan untuk berumahtangga. Disebabkan tu, timbul bermacam persoalan tentang Sam.

Kalau sebelum ini Sam pernah dikaitkan dengan beberapa nama artis wanita seperti Fazura, Puteri Najwa dan yang terbaru Syatilla Melvin. Tapi sejauh mana hubungan mereka MiG Online kurang pasti dengan perkara itu.

Namun, bila ditanya tentang hubungan antara Syatilla Melvin dan Sam, Syatilla mengaku memang agak rapat dengan Sam sekarang. Dan seterusnya bagi Syatilla, biarlah Sam sendiri yang menerangkan tentang hubungan mereka.

“Saya berkawan baik dengannya. Malah, hubungan kami juga rapat. Tipulah, kalau saya katakan saya tidak rapat dengannya. Bahkan, kami kerap keluar bersama-sama sekiranya masing-masing ada masa terluang. Tapi, kami bukanlah keluar berdua sebaliknya akan ada kawan-kawan lain bersama. Untuk ke fasa seterusnya, biarlah perkara itu keluar daripada mulutnya sendiri”.

Wah, dari ayat Syatilla,rasanya Syatilla macam ada hati terhadap Sam. Atau mungkin mereka memang ada hubungan ‘special’. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Masing-masing pun masih “available” kan. Apapun, kita tunggu pula penjelasan dari Shaheizy Sam tentang status hubungan mereka yang sebenar-benarnya dengan pelakon cantik Syatilla Melvin ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s