Tiga Minggu Lagi, Sam Bunkface Tamatkan Zaman Bujang?

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam katanya bakal menamatkan zaman bujang dan melangsungkan pernikahan dengan seorang penerbit program televisyen TV3 iaitu Aida Azira, pada 25 April ini.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Sam telah mengikat tali pertunangan bersama Aida pada 6 Oktober 2014.

Majlis pernikahan itu bakal berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines, dekat sini.

“Saya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa tiga minggu sahaja lagi dan sekarang persiapan sedang dijalankan, Alhamdulillah semua berjalan lancar.

“Majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building merupakan majlis akad nikah dan resepsi pihak lelaki,” katanya.

Dan katanya lagi, majlis resepsi bagi pihak perempuan pula dijadualkan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka. InsyaAllah.

                 

Selain itu, Sam berkata majlis pernikahan itu akan diadakan secara bersederhana sahaja.

“Pihak kami sekeluarga membuat majlis ini secara kecil-kecilan dan bersederhana. Hanya rakan-rakan terdekat dan ahli keluarga bakal memeriahkan majlis ini,” ujarnya.

Namun, Sam sempat berkongsi perasaan untuk peminat semua sebelum dirinya bergelar seorang suami, katanya ;

“Saya tidak pernah berkahwin sebelum ini tapi apa yang dapat saya katakan perasaan saya bercampur-campur.

“Kadang-kadang ada perasaan gemuruh dan bila difikirkan semula rasa gembira kerana umur macam saya sepatutnya sudah ada anak kecil dan mungkin inilah masa yang tepat untuk memulakan kehidupan baru,” katanya.

Tahniah MiG Online ucapkan buat bakal pengantin baru iaitu Sam dan Aida. Apapun, semoga mahligai yang bakal terbina ini akan memberi pengalaman baru dalam kehidupan Sam dan pasangan. Selamat berbahagia🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s