Hafreez Adam Dan Izreen Azminda Bercinta?

Kalau sebelum ini si cantik Izreen Azminda pernah digosipkan dengan beberapa pelakon lelaki iaitu Amar Baharin dan Fahrin Ahmad. Nampaknya Izreen memang tidak boleh lari dari kontroversi setiap kali beliau rapat dengan lelaki.

Terbaru timbul pula gosip Izreen bersama pelakon baru , Hafreez Adam. Wah, tapi betul ke dorang ni bercinta? Sebab nampak macam rapat semacam je? Hihi

Bila ditanya dengan pelakon yang baru memenangi Anugerah Baru Lelaki Popular di ABPBH 2014, semalam, dia mengakui agak rapat bersama Izreen, namun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

“Saya memang tak akan jawab soalan peribadi. Tetapi dengan Izreen kami kawanlah. Mula kenal kerana kelab peminat masing-masing. Kebetulan ada dalam kalangan peminat memang meminati sesama kami sehingga menganjurkan acara bersama”.

“Tak sangka pula selepas acara itu, kami ditawarkan berlakon bersama dalam telefilem 5 Kali Cinta. Saya rapat dengan dia dan menyenangi sikapnya”.

Tambah Hafreez, katanya mereka rapat kerana Izreen sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepadanya memandangkan Izreen lebih lama berada dalam industri.

“Dia pelakon senior yang sentiasa memberi tunjuk ajar, berkongsi ilmu dan nasihat”.

Macam sesuai jugak kalau dorang ini bercinta kan? Hihi. Tapi biasalah sebagai anak seni semua mata akan tertumpu kepada mereka. MiG Online rasa, apa juga status hubungan mereka, MiG Online akan doakan mereka akan lebih maju dalam bidang lakonan, tak salah jika mereka rapat untuk berkongsi pengalaman kan, tak gitu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s