Salima AF Akan Kembali Menyanyi?

Siapa dulu suka tengok program realiti “Akademi Fantasi”? Kalau ada antara korang yang gemar menonton program tersebut mesti kenal dengan bekas bintang ‘Akademi Fantasia’ musim yang keempat iaitu Salima Habibi kan? Selepas mendirikan rumah tangga, dia agak menyepi dan baru-baru ini juga Salima telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.
Ditanya tentang kehidupannya dan khabar terbaru Salima selepas bergelar ibu kepada putera sulungnya Syed Ahmad Rayyan, jelasnya ;
 “Alhamdulillah, anak kami sudah berusia lebih kurang dua bulan dan di usia 50 hari saya dan suami sudah membawanya keluar ke majlis.  Saya sangat-sangat teruja dengan kelahiran si kecil ini.  Perasaan menjadi seorang ibu membuatkan hidup saya bertambah lengkap. 
 
“Buat masa sekarang, saya mahu tumpukan perhatian kepada anak dahulu sehingga tempoh berpantang benar-benar habis sepenuhnya.  Lagipun anak saya menyusu badan dan kini kehidupan harian kami suami isteri juga banyak dihabiskan kepada anak,” ujar Salima lagi.
Seronok bila dengar kasih sayang ibu kepada seorang anaknya kan? Semoga jadi anak yang baik yea nanti.
Selain itu juga, tentang perkembangan terbaru Salima katanya, dia mungkin akan melancarkan lagu baru duet tidak lama lagi. Jelas Salima ;
“Selain sedang tumpukan perhatian pada keluarga, InsyaAllah tidak lama lagi Salima akan lancarkan lagu baru duet dengan beberapa artis wanita yang lain. Semoga semuanya akan dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Wah, Salima nak buat “comeback” ke? Hihi. Peminat Salima mesti dah tak sabar dan rindukan suara lunak penyanyi ini kan. MiG Online pun teruja dengan perkhabaran terbaru ini. Apapun, MiG Online memang “excited”, korang semua pun mesti sama jugak kan? Kita tunggu lagu baru duet daripada Salima ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s