Shaheizy Sam Masih Disayangi Peminat?

Tahniah diucapkan buat pelakon Shaheizy Sam semalam telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) dengan undian tertinggi sebanyak 265,703.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kemenangan yang ketiga buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010 dan 2012.

Sam turut membawa pulang trofi yang dimenangi melalui kategori “Pelakon Filem Lelaki Popular” pada acara yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands. Kemenangan itu telah membawa tuah kepada Sam dengan membawa pulang hadiah berupa trofi dan sebuah kereta Toyota Camry Hyrid sumbangan UMW Toyota Motors.

Selain itu juga, Sam seorang anak yang sangat menyayangi keluarga. Ibu dan kakaknya turut meraikan kegembiraan tersebut bersama selepas diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, Berita Harian 2014.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Shaheizy Sam. Oleh kerana sikap yang miliki olehnya, adalah sebab utama membuktikan  Sam masih disayangi peminat sehingga ke hari ini. Semoga Sam akan lebih berjaya dalam industri hiburan tanahair.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s