Siti Elizad Sudah Bernikah Tiga Bulan Lalu?

Kalau sebelum ini Heroin drama bersiri “Teman Lelaki Upahan” iaitu Siti Elizad Sharifuddin pernah memberitahu umum tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihan hati, yang bernama Shamsul Baharin sekitar tahun ini.

Tapi terkejut sungguh MiG Online bila dengar cerita tentang pelakon ini rupa-rupanya telah pun berkahwin dan mengakui sudah bernikah dengan jejaka tersebut pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya.

“Saya mengaku sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat saja. Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecohkan kerana dia kurang sihat,” ujarnya.

      CB5eu8CUEAA3OaQ

Tambah Siti Elizad lagi, mereka memang berniat untuk mendedahkan tarikh sebenar bernikah pada satu majlis resepsi yang akan diadakan pada 11 April nanti namun tidak menyangka perkara ini telah heboh ke pengetahuan orang ramai terlebih awal.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” tambahnya lagi.

Siapalah kami untuk menghukum. Perkara yang baik, lebih elok jika dihebahkan. MiG Online rasa walauapapun status Elizad, peminat semua akan tetap menyokong karier dan lakonan Elizad. Apapun, semoga berbahagia bersama pasangan dan kekal hingga ke anak cucu. Tahniah dari MiG Online🙂

Sumber : My Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s