Jurulatih Fitness, Kevin Zahri Kurang Bersetuju Dengan “Gemok Is Awesome”?

Hero filem “Hantu Bungkus Ikat Tepi” yang bakal ditayangkan pada 9 April ni & pemenang kategori Artis Komedi Lelaki Popular ABPBH 2014, iaitu Abam Bocey semakin mendapat perhatian oleh semua peminat industri hiburan tanahair.

Alhamdulillah, semakin bertambah rezeki Abam. Tapi ada satu ayat atau ucapan Abam sebelum mengakhiri kata-katanya di pentas berprestij tersebut yang sudah menjadi viral ketika ini ialah ” Gemuk Is Awesome “.

Rata-rata peminat menjadikan ayat tersebut sebagai sumber inspirasi yang menerangkan, walaupun berbadan besar tapi dia masih mempunyai peluang dalam industri seni dan disokong peminat.

Yang terbaru, jurulatih atau lebih tepat Cikgu Fitnees Malaysia, Kevin Zahri, tampil memberikan pandangan tersendiri tentang isu ini. Beliau menulis yang Abam Bocey mengingatkan dirinya kepada arwah Bob Kuman yang pernah datang meminta bantuan menurunkan berat badan.

“Allahyarham (Bob Kuman) berhubung dan berjumpa dengan saya untuk kurangkan berat badan dalam 1 tahun sebelum kembali ke rahmatullah tapi pada masa tersebut keadaan kesihatan sudah pun mengganggu pergerakan dan gaya hidup beliau. Abam Bocey, walaupun masih muda, faces a different challenge,” tulisnya dilaman sosialnya.

Kevin Zahri mengakui cabaran yang bakal dihadapi Abam Bocey sekiranya beliau mahu berubah selepas popular dengan imej berbadan besar ini lebih-lebih lagi kini sudah menjadi pengasas kepada baris ayat “Gemuk Is Awesome” tersebut.

“My sincere offer kepada Abam Bocey, mana-mana selebriti tanahair dan para pembaca pada waktu dan masa yang anda ingin mengubah gaya hidup (tak kira bila), saya sedia untuk membantu anda, InsyaAllah,” tambahnya lagi.

Wahh, beruntung betul Abam Bocey dapat offer dari coach terkenal untuk membimbing dirinya ke arah yang lebih sihat. Mungkin lepas ini, Abam Bocey akan kelihatan sado macam Aaron Aziz, bila dah mengikuti program fitnees Cikgu Kevin Zahri nanti kan. Siapa tahu? hehe. Apapun terima atau tidak, kita tunggu jawapan dari Abam pula nanti yea🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s