Mr Os Semakin Pulih, Disangka Sudah Meninggal Dunia?

Kalau sebelum ini berita palsu tentang pelawak lagenda Mr Os telah meninggal dunia tersebar meluas di laman sosial. Berita tersebut katanya telah disebarkan oleh seorang individu. Namun, individu tersebut sudah pun memohon maaf melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) beberapa hari selepas kejadian itu berlaku.

Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid berkata, individu tersebut memberitahu tindakannya berbuat demikian hanya sekadar untuk bergurau bersama rakan-rakan sahaja.

“Saya tidak tahu siapa dia tetapi yang pasti gambar itu saya hantar kepada group aplikasi WhatsApp keluarga untuk memberitahu keadaan saya semakin baik, namun salah seorang ahli keluarga memberi gambar itu kepada rakannya.

“Bagaimanapun, dia sudah meminta maaf dengan apa yang berlaku dan tujuannya hanya untuk bergurau tetapi tidak sangka ia menjadi viral di laman sosial” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, beliau dimasukkan ke hospital hanya untuk melakukan pembedahan kecil sahaja. Tiada apa-apa yang kritikal atau sebagainya.

Selain itu juga, Mr Os berkata, dia sudah memaafkan individu tersebut dan menganggap kejadian tersebut mempunyai hikmah tersendiri.

“Saya ambil perkara itu daripada sudut positif sahaja dan pada saya ia mengingatkan tentang kematian. Lagi pula saya beruntung orang ramai sedekahkan doa dan Al-Fatihah ketika masih hidup ini,” ujarnya.

Sementara itu, Os mengakui dia menerima  ratusan panggilan telefon daripada pelbagai pihak yang ingin mengetahui keadaan sebenar dirinya. Perkara tersebut juga membuatkan dia agak tertekan dan melarikan diri ke Johor Bahru buat sementara bagi berehat sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Bukan puluhan, tetapi lebih beratus jugalah panggilan yang ingin bercakap dengan saya sehingga saya tidak larat untuk melayannya.

“Ada juga stesen radio yang mahu temubual saya secara langsung bagi memastikan saya benar-benar masih hidup, selepas dibenarkan keluar, saya minta keluarga bawa saya ke Johor Bahru supaya tidak diganggu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mr Os berkata, rancangan untuk mendapatkan rawatan secara senyap tanpa liputan media menjadi sebaliknya, apabila dia didatangi ramai pelawat di hospital.

Begitulah serba sedikit tentang pelawak, penyanyi dan pelakon ini. Begitu ramai yang prihatin dengan dirinya. Tapi, alhamdulillah, kesihatan Mr Os kini semakin baik. MiG Online doakan semoga pelawak yang kita sayangi ini sentiasa akan dilimpahi rahmat dan dipulihkan kesihatannya dengan segera. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Mr Os.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s