Sharnaaz Dikritik Tentang Busana?

Masih terasa bahang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 yang berlangsung baru-baru ini. Bila bercakap tentang ABPBH2014, semestinya para selebriti akan dikaitkan dengan pakaian atau pun busana yang dikenakan oleh mereka pada malam tersebut. Beberapa gaya fesyen telah dikritik hebat dan telah mencetuskan isu yang hangat.
Salah seorangnya ialah pelakon, Sharnaaz Ahmad. Sharnaaz telah dikritik hebat oleh beberapa pihak yang mengatakan bahawa persalinannya tidak sesuai dengan majlis berprestij tersebut.
Menerusi akaun Instagram pelakon itu, Sharnaaz telah menggayakan busana menyerupai pakaian tentera pada malam itu dan mengharapkan tidak ada individu yang tersinggung dengan imejnya.
“Sekadar kostum ya, jangan ada pihak yang tersinggung. Kalau pun ada, harap dimaafkan,” katanya yang memberitahu bahawa persalinan itu adalah hasil rekaan Coloursbyfaiesh.
Selain daripada pakaian, ada pula yang mempertikaikan soal pingat yang tersemat didada Sharnaaz. Menurut mereka, rupa bentuk pingat tersebut menyerupai salah satu pingat tertinggi bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji. 
Setahu MiG Online, pingat tersebut bukan calang-calang pingat, ia hanya dikurniakan kepada Anggota Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform di Malaysia.
Walaubagaimanapun, perkara ini telah pun berlalu. Sharnaaz pun dah memohon maaf kepada semua pihak. Diharapkan peminat semua dapat memaafkan kesilapan dia ok? Apapun, MiG Online nak ucapkan tahniah buat Sharnaaz kerana telah memenangi Anugerah Artis Paling Kontroversi pada malam tersebut. Moga semakin murah rezeki lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s