Shah Iskandar Tidak Melatah Dengan Komen Sharnaaz Ahmad?

Semalam, satu kenyataan telah dibuat oleh seorang pelakon iaitu Sharnaaz Ahmad tentang dirinya tidak redha dengan kemenangan Shah Iskandar sebagai Pelakon Tv Lelaki Popular ABPBH2014 dan katanya lebih rela tewas dengan pelakon Amar Bahrin.

Keterangan Sharnaaz baru-baru ini telah mencetuskan isu yang hangat. Selain itu juga, pelakon itu juga berharap agar peminat yang mengundi artis masing-masing agar membuat pemilihan berdasarkan bakat yang mereka miliki.

Bertanya tentang perkara ini kepada tuan empunya badan, Shah Iskandar menjelaskan dia tidak merasa berkecil hati dan memberitahu Sharnaaz memang ada hak untuk bersuara.

“Saya hanya boleh kata ‘no comment’ mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat apa yang dia rasa”.

“Bagi saya sesiapun berhak untuk melontarkan pendapat dan bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut”.

Tambah Shah lagi, sehingga kini dia masih tidak menyangka dengan anugerah yang diterimanya pada malam tersebut. Sedangkan dalam kategori tersebut mempunyai nama-nama besar seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Sharnaaz Ahmad dan Amar Bahrin.

“Sehingga kini saya masih terkejut dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kerana kelab peminat yang berkerja keras dalam memastikan kemenangan pada malam itu kerana melakukan sesuatu perkara luar biasa”.

Mungkin ini yang dinamakan rezeki. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Apapun, tahniah MiG Online ucapkan kepada Shah Iskandar yang memenangi Anugerah Pelakon Tv Lelaki Popular di ABPBH2014. Untuk Sharnaaz, kalau tidak tahun ini, mungkin tahun depan rezeki Sharnaaz pula🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s