Tauke Mohon Jangan Kaitkan Dirinya Dalam Isu Lucah

Salah seorang hero filem “Hantu Bungkus Ikat Tepi” semakin mendapat perhatian apabila nama Tauke Jambu dikaitkan dengan satu isu yang membabitkan dirinya. Tauke yang semakin dikenali sebagai penyampai radio, kini dituduh bermain cinta dengan beberapa orang wanita dengan menghantar mesej berbaur lucah selain meminta gambar bogel.

Jelas Tauke, sebelum membaca sesuatu janganlah terlalu cepat membuat andaian lebih-lebih lagi berkaitan dirinya, katanya ;

“Sepatutnya orang ramai yang membaca kontroversi berkenaan pelawak itu janganlah terlalu cepat membuat andaian dan menuding jari. Orang ramai perlu mengikut perkembangan dan membaca cerita sepenuhnya. Jauhilah fitnah,” tegas Tauke menafikan dirinya.

Kalau sebelum ini Tauke sering dikaitkan dengan wanita-wanita cantik disekelilingnya, sekaligus menyebabkan peminat menyangka pelawak yang hangat diperkatakan tersebut ialah dia.

“Apabila berita ini keluar ramai yang menuduh saya sebagai pelawak yang dimaksudkan, namun saya merasakan perkara ini tidak adil bagi saya. Mungkin sejarah yang menyebabkan orang menuduh saya tapi, teliti bukti yang ada serta jangan cepat jatuhkan hukum ke atas saya,” katanya sambil menyifatkan gosip sebegini mampu menjejaskan kerjayanya.

Pada pandangan MiG Online biasalah tu, bila kita buat perkara baik banyak kali pun jarang diingati orang, bila kita buat salah sekali saja pun akan diingati orang sampai bila-bila. Jadi tak perlulah kita menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh.

Apapun, untuk semua peminat yang sentiasa menyokong Tauke Jambu, jangan lupa untuk sokong pelawak kesayangan korang dan tonton filem terbaru lakonan Tauke Jambu, Nora Danish, Yus Jambu, Abam Bocey yang akan berada di pawagam 9 April iaitu Hantu Bungkus Ikat Tepi ok? Tengok jangan tak tengok!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s