Zul Ariffin Pertahankan Gayatri Sebagai Kekasih?

Baru-baru ini pelakon Zul Ariffin ada menghadirkan diri di majlis berprestij Anugerah Bintang popular Berita Harian 2014. Tapi apa yang MiG Online mushkil, ramai yang kata Zul Ariffin nampak rapat dengan seorang pelakon dari Singapura iaitu Elfaeza Ul Haq.

Setahu MiG Online, Zul Ariffin sudah pun mempunyai kekasih, Gayatri Su-Lin Pillai. Mereka juga telah menjalinkan hubungan serius sejak Mei 2012.

Bila ditanya tentang gosip yang berkaitan dirinya, Zul telah menafikan yang  dia mempunyai hubungan dengan gadis tersebut. Katanya lagi ;

“Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa?” ujarnya.

Dari sumber yang MiG Online dapat tau, Zul dan Elfaeza sering keluar makan bersama di Damansara Perdana sehingga larut malam. Dan kerana itu lah gosip antara mereka boleh timbul. Gosip mengatakan mereka berdua menjalinkan hubungan cinta sudah bermula sejak Jun tahun lalu.

Saya hairan orang masih bercakap begitu? Padahal tidak ada pun kami lepak (berdua). Kenapa suka-suka main tuduh, agak-agaklah sebab mengarut saja. Kalau orang nak kupas benda macam itu dan kalau ada benda nak sorok, takkanlah saya nak buat depan orang ramai?” tambahnya.

Dari penjelasan Zul Ariffin tu ada betulnya jugak. Kalau dia mahu “pasang lain”, takkanlah dia tunjuk depan orang ramai tentang hubungan mereka. Hmpp, MiG Online rasa ini semua salah faham saja. Harapnya Zul tabah dan anggaplah ini semua cabaran sebagai insan seni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s