Abam dan Zizan Mahu Pelawak Tidak Bermoral Buat Pengakuan?

Isu baru-baru menjadi semakin hangat apabila pelawak-pelawak terkenal dikaitkan dalam perkara begini. Kontroversi tersebut ialah pendedahan tentang gangguan seksual yang diterima oleh seorang wanita yang telah membuat pengakuan secara terbuka.

Pelakon utama “Hantu Bungkus Ikat Tepi” iaitu, Abam Bocey turut sama tampil memberikan kenyataan agar pelaku tersebut bertanggungjawab dan segera bertaubat. Ada beberapa artis komedi lain turut memberi kenyataan yang sama mengenai perkara tersebut.

Zizan Razak turut tidak terlepas dari tuduhan melulu tersebut malah terkejut kerana ada pihak yang mengaitkan namanya dengan cerita negatif sedemikian. Jelasnya ;

“Saya terkejut dan tidak selesa apabila orang mula bertanyakan saya kesahihan cerita ini. Lebih memeranjatkan apabila ada peminat yang ‘tagged’ nama saya di laman sosial Facebook dan Twitter. Saya tahu mereka hanya `tagged’ saja, tiada maksud menuduh saya.

“Tetapi ia bahaya buat kerjaya saya sebagai selebriti. Namun, saya tidak tercalar dengan isu ini kerana rezeki datangnya dari Allah SWT. Mungkin ini satu lagi ujian buat saya”.

Begitu juga dengan salah seorang hero dalam “Hantu Bungkus Ikat Tepi” ini, Tauke Jambu yang kini sering dihujani dengan panggilan telefon serta pelbagai soalan lagi tentang perkara ini. Tauke turut menjadi sebutan sehingga mengakui yang kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasinya sebagai seorang selebriti. 

MiG Online harap agar pelaku tersebut segera insaf dan tidak mengulanginya lagi. Wanita-wanita diluar sana pun kena lebih hati-hati. Dalam situasi sekarang, macam-macam perkara boleh berlaku. Sama-samalah kita sentiasa beringat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s