Hafiz Ada Sebab Tersendiri Warnakan Rambut?

Baru-baru ini, Hafiz Suip ada memuatnaik imej terbarunya di laman Instagram. Apa yang menjadi perbualan ramai pada ketika ini ialah tentang gaya terbaru rambut Hafiz yang telah diwarnakan. Dengan gaya yang dibawa oleh Hafiz sekarang, dia telah mendapat pelbagai tohmahan tentang tindakan tersebut.

Menyedari tentang perkara ini, Hafiz mengambil langkah untuk tidak ambil pusing dan tidak mudah melatah dengan perkara sebegini. Baginya, itu semua lumrah sebagai anak seni. Jelas Hafiz berkaitan isu ini ;

“Saya menerima banyak tomahan tapi saya tidak ambil peduli sangat apa yang kata orang kerana apa yang terletak pada hati masing-masing. Apa yang penting nawaitu kita. Saya tidak melenting bila dikritik. Saya hanya berdiam saja kerana saya tahu lambat laun orang akan berhenti bercakap dan perkara ini akan reda sendiri”.

“Apa yang saya buat ini, dosa dan pahala saya tanggung sendiri. Janji saya tidak tinggal solat dan soal itu biar antara saya dengan Tuhan”.

Keinginan Hafiz untuk mewarnakan rambutnya dengan warna yang diingini tidak begitu menjadi menyebabkan Hafiz terpaksa membuat perkara yang sama untuk mendapat hasil yang dia idamkan.

“Sewaktu saya balik ke Kuching tempoh hari, saya pergi ke salon untuk warnakan rambut tetapi hasilnya rambut saya jadi warna merah bukannya seperti warna yang saya mahu. Bila balik ke Kuala Lumpur, saya ke sebuah salon di Subang. Penggaya rambut di sana beritahu yang warna rambut yang saya inginkan susah nak dapat sebab rambut saya jenis rambut orang asia.

“Cuma ada satu cara saja iaitu rambut saya dibilas dan kemudian barulah diwarnakan semula dan akhirnya dapatlah warna ‘ash silver grey”.

Suka MiG Online dengan Hafiz Suip ni. Menerima teguran peminat dengan berlapang dada. Bagi MiG Online, biasalah tu, semua insan seni dikritik. Tapi jadikan kritikan itu membina. Maksud mereka menegur, kerana mereka sayangkan Hafiz.

            Jangan lupa tonton Hantu Bungkus Ikat Tepi berdekatan anda harini! Kelakar tak hingat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s