Ada Pihak Pandang Rendah Dengan Size Badan Abam?

“Gemuk Is Awesome” kini menjadi viral selepas salah seorang hero filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’, Abam Bocey menyampaikan sebaris ayat di atas kemenangannya baru-baru ini.

Jelas Abam, ‘tagline’ tersebut adalah untuk membuktikan bahawa orang yang berbadan besar sama sepertinya juga mampu berjaya.

Selain itu juga, Abam ada meluahkan perasaan dia sebenarnya mahu menurunkan berat badan.

“Sejujurnya, memang itulah yang saya mahu sampaikan kepada masyarakat. Sebelum ini, saya sentiasa dipandang rendah oleh sesetengah pihak yang mempersoalkan apa yang boleh saya lakukan dengan badan begini,” katanya lagi.

Ditanya tentang tawaran yang diberikan oleh jurulatih Fitness iaitu Kevin Zahri yang ingin membantu Abam menjalani kehidupan yang sihat, dia tidak akan menolak malah akan mencuba untuk mengubah gaya hidupnya ke arah yang lebih sihat.

“Saya tidak akan menolak. Sejujurnya, sejak tiga bulan lalu, saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pengambilan makanan. Saya juga sudah ‘berehat’ memakan nasi dalam tempoh waktu tersebut.

“Kali terakhir saya timbang berat pada tahun lalu ialah 192 kilogram. Kalau boleh, saya mahu mengurangkan berat sebanyak 20 hingga 30 kilogram menjadikan berat hanya 120 kilogram sahaja. Seperti yang saya beritahu, saya bukan mahu kurus sangat, sebaliknya lebih mementingkan kesihatan,” jelas pelawak ini lagi.

MiG Online suka dengan semangat Abam yang ingin berubah dan cenderong ke arah gaya hidup yang sihat. Semoga impian Abam terlaksana selepas mengikuti program bersama Kevin Zahri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s