Rekod Baru, Kutipan Fast & Furious 7 Melebihi RM27 Juta Di Malaysia

Mesti korang dah layan cerita ni kan? MiG Online boleh confirm lah! hehe. Filem Blokbuster, Fast & Furious 7 kini mencatat rekod baru dalam industri perfileman Malaysia apabila berjaya mendapat kutipan lebih daripada RM27 juta dalam tempoh empat hari pembukaannya dari 2 hingga 5 April 2015. Wow!
Jika di pasaran antarabangsa pula, Furious 7 dijangka memungut kutipan melebihi USD1 bilion apabila ditayangkan di semua pasaran dengan beberapa negara masih belum memulakan tayangan seperti China (12 April) dan Jepun (17 April).
Dengan kutipan ini sekali gus memecahkan rekod lama yang dipegang oleh filem Transformers : Age of Extinction yang mengaut RM21.38 juta ketika memulakan tayangan pada 26 Jun 2014.
Selain itu, kutipan seminggu yang dicatatkan ini juga mengatasi jumlah kutipan keseluruhan yang dicatatkan oleh filem popular lain seperti Avatar (RM26.9 juta), X-Men: Days of Future Past (RM21.3 juta), dan G.I. Joe Retaliation (RM22.7 juta).
Fuh, hebat jugak penangan Fast & Furious 7 ni kan. Tapi, sebelum itu MiG Online nak tanya sikit, siapa yang belum tengok? Eh macam salah soalan pulak. Siapa yang dah tengok 2 kali? Hehe. Apapun , Fast & Furious 7 memang superb!

One thought on “Rekod Baru, Kutipan Fast & Furious 7 Melebihi RM27 Juta Di Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s