“Shaheizy Sam Menangis, Bukan Keluar Dari MiG,”

Shaheizy Sam satu nama besar yang telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2014, baru-baru ini.

Diminta mengulas tentang kemenangannya, Sam amat berterima kasih kepada semua peminat yang masih menyokong dirinya hingga ke hari ini. Jelasnya lagi ;

“Sam sedar, selama ini Sam dah jarang keluar, jarang pergi event, kadang-kadang orang nak photoshoot untuk majalah untuk surat khabar pun Sam takde masa.

“Daripada tahun lepas, Sam terlalu sibuk dan concentrate on kerjaya, tapi untuk kemenangan kali ini perasaan Sam sehingga kini masih terkejut dengan sokongan peminat .”

Selain itu juga, mengenai spekulasi Sam telah keluar dari Metrowealth (MiG) ramai pihak yang sehingga kini masih berteka-teki tentang status Sam sekarang, menurut Sam dengan perkara itu ;

“Tentang menamatkan kontrak bersama MiG, sebenarnya kontrak Sam dah tamat bulan 12, tetapi mungkin Sam belum buat keputusan, samaada nak menyambung atau tidak”.

Apabila ditanya tentang impian dan cita-cita Sam, Sam berkata dia hanya mahu mengharumkan nama negara yang dicintai dengan kerjayanya. Katanya ;

“Sam cuma nak membawa bendera Malaysia ke luar negara supaya dapat membanggakan orang kita dan orang di sana.

“Kalau orang lain boleh buat, takkan kita tak boleh buat. Allah S.W.T pernah cakap, engkau doa dengan aku, dan kau usaha insyaAllah boleh”. 

Setiap apa yang lahir dari ucapan Sam, memang mampu menyuntik semangat sesiapapun yang ingin berjaya dalam hidup. Sama ada kita mahu atau sebaliknya saja yang boleh menentukan. Semoga Shaheizy Sam akan terus berjaya pada masa yang akan datang, dan segera dipertemukan jodoh. Goodluck Sam🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s