Salah Faham Keluarga Zamani, Pihak Pengurusan Rasa Tidak Adil?

Sebelum ini umum semua mengetahui tentang Zamani Slam yang kini sedang dalam rawatan pemulihan dadah. Lega apabila dapat tau beliau kini semakin pulih.

Tapi ada desas-desus yang mengatakan pihak keluarga dan juga peguam Zamani, tidak membenarkan pengurusan penyanyi tersebut untuk berjumpa penyanyi itu sejak dia mula mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah. Johan Aziz adalah individu yang bertanggungjawab mentadbir segala pengurusan Zamani, mendedahkan ini adalah tidak adil baginya.

“Sejak Zamani menerima rawatan kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya melainkan keluarga dan peguamnya sahaja. Bagi saya tindakan itu tidak adil kerana sebagai wakil pengurusannya banyak perkara tentang kerjayanya”.

“Ia termasuk urusan persembahan yang dipersetujui lebih awal perlu diselesaikan bagi mengelakkan masalah lain pada masa hadapan,” katanya.

Namun, sebelum perkara ini berlaku, ada satu isu yang mengaitkan pengurusnya dengan kehilangan sejumlah wang dari akaun milik peribadi Zamani. Abang kepada Zamani (Zulfazil) bersama peguam, Ahmad Zaharil dalam satu sidang media mendakwa penyanyi itu mengalami masalah kewangan serius selain memerlukan RM50,000 untuk melakukan pembedahan tulang belakang yang dihidapinya sejak tiga tahun lalu.

Ditanya kepada pengurusnya, Johan, semua wang hasil persembahan pentas penyanyi akan dimasukkan terus ke akaun peribadinya dan Zamani mengetahui perkara itu malah dalam masa yang sama dia terbuka untuk berbincang untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara bersemuka.

Benda ini sebenarnya tidak perlu dihebohkan kepada media kerana pihak peguam dan keluarga boleh berjumpa terus dengan saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu tersebut. Saya tidak lari ke mana pun. Apa yang mereka buat sekarang hanya akan menambah malu bukan kepada pihak pengurusan tetapi Zamani sendiri”

“Dan sebab itu saya tidak berhasrat untuk menjelaskan secara lanjut berhubung dakwaan itu. Abang Zamani sepatutnya lebih tahu ke mana perginya semua wang Zamani,” katanya

MiG Online rasa mungkin ada salah faham diantara mereka. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada penyelesaiannya. Apapun, MiG Online harapkan segala kesulitan ini boleh dibawa berbincang dan dipulihkan dengan segera. Peminat semua doakan yang terbaik untuk Zamani Slam, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s