Jep Sepahtu Ada Kekasih Cun?

Mesti korang semua rindu dengan seorang pelawak ni kan? Jep Sepahtu baru saja menyambut hari ulang tahunnya yang ke 30 baru-baru ini di Hotel Pullman.

Ha, tapi jangan terkejut. Jep bukan sambut sorang tau, Jep sambut hari kelahirannya dengan rakan-rakan dan yang paling menarik perhatian MiG Online ialah sorang awek cun ni! Fuh, beruntung betul Jep. Gigit jari lah gadis-gadis dekat luar sana tu tengok Jep dan pasangan kekasih iaitu seorang pelakon, Nazeera Sardi.

 photo 11137812_645744522236621_1826132591_n.jpg

Sama cantik sama padan pasangan ni kan? Dari renungan mata Jep pun MiG Online tau Nazeera ni mesti “girlfriend” special Jep . Hihi.

 photo 928767_664425360328317_1754449707_n.jpg

Dengan sut yang dipakai oleh Jep, dan Nazeera pula tampak anggun dengan dress labuh berwarna hitam putih, menampakkan lagi hari lahir Jep kali ini adalah bermakna baginya.

Tak kisahlah apapun hubungan antara mereka, kalau dah berkenan di hati tu apa salahnya. Dua-dua pun masih belum berpunya. Tak gitu Jep? Apapun, jika ada perancangan, cepat-cepatlah naik pelamin yea Jep, jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang baru tau! Haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s