Kisah Lama Farid Kamil Terbongkar?

Farid Kamil, siapa yang tak kenal dengan abang kacak ni kan? Seorang pelakon yang berdedikasi, pengarah, suami dan juga bapa kepada seorang puteranya.

Kalau sebelum ini korang hanya mengenali Farid menerusi filem je kan, hari ini MiG Online nak share sikit tentang Farid Kamil. Nak tau serba sedikit tentang hidup Farid Dulu dan Sekarang? Jom layan ;

Kalau korang nak tau, sebelum Farid menjadi seorang pelakon, dia adalah seorang pelajar yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar (Screen Art) pada 8 tahun yang lalu. Wow! Bukan calang-calang orang tau Farid ni!

Sebelum ini, Farid juga pernah bekerja  dalam bidang perfileman dan menguruskan pengurusan di belakang tabir. Bukan senang nak jadi senang. Semua orang akan bermula dari bawah. Dengan usaha gigih Farid sekarang, setiap kejayaan Farid adalah hasil dari titik peluhnya sendiri, respect!

Terbaru, keluarga bahagia Farid bersama insan tercinta iaitu Diana Danielle dan Muhammad.

Terserlah kegembiraan mereka “spent time together”.  Kehidupan mereka bagaikan sudah lengkap apabila muncul Muhammad yang menambahkan lagi kecerian dalam keluarga. One Happy Family🙂

Sekarang, siapa yang tak kenal dengan Farid Kamil? Dengan bakat yang dimiliki olehnya buatkan peminat semua mendoakan kejayaannya. Antara aktiviti  utama yang menjadi pilihan pelakon ini ialah bermain Polo bersama rakan-rakan.

Mesti ada diantara korang yang merindui lakonan Farid Kamil, betul tak? Filem terbaru Farid iaitu “Abang Lejen” bakal menemui korang tak lama lagi. Hah, kalau sebelum ini korang mesti tengok Farid selalu bawak watak romantik, rempit dan sebagainya. Tapi kali ini watak Farid lain dari yang lain. Nak tau apa yang lain? Kena lah tengok, hehe. “Abang Lejen” akan berada di pawagam bermula 16 April ini tau! Save the date!

Sebelum tu, meh MiG Online kongsi trailer Filem “Abang Lejen” kat korang ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s