“Saya Tidak Mahu Ambil Tahu Dah” – Emma Maembong

Selepas putus dengan Zizan Razak, Emma Maembong sekarang lebih banyak berdiam diri daripada mengulas lanjut tentang perhubungan antaranya dan Zizan.

Ada pula yang mengatakan kononnya kontroversi yang melanda Zizan Razak baru-baru ini adalah punca dari pendedahan yang dirancang oleh bekas kekasihnya itu untuk menjatuhkan Zizan.

Bila disoal tentang perkara ini, sama ada benar atau tidak, Emma memberitahu ;

“Tentang benda ini, keluar akhbar, buka cerita semua, saya tidak mahu ambil tahu dah. Kisah saya dengan dia pun dah tiada jodoh.

Orang boleh tunjukkan jari, salahkan orang (lain). Benda tu semua jodoh dan karma”.

Ikut Emma lagi, ramai pihak yang masih sehingga kini menyalahkannya dalam perhubungan mereka. Namun, dia hanya mahu berdiam diri dan tidak akan mengambil tahu tentang apa-apa yang berkaitan dengan Zizan Razak.

“Saya tak pernah ambil tahu dia buat apa, ini kenapa, sebab saya tak pernah ambil tahu apa-apa. Bagi saya cukuplah. Lebih baik saya fokus pada kerjaya saya dan apa yang berada di hadapan dari saya fikir tentang apa yang di belakang.

“Orang besar-besarkan dan orang salahkan sebelah pihak. Saya tidak beri apa-apa kenyataan orang kata saya lari. Bila saya diam, kata tiada komen, orang kata saya kekwat tidak mahu beri kenyataan, macam-macam. Tapi bila saya bersuara orang kata saya tak matang.

“Saya berada di tengah-tengah, tak tahu apa saya patut buat.

“Tiada perempuan dalam dunia yang bercinta bagai nak rak, yang semua perhubungannya semua orang tahu mahu putuskan hubungan tanpa sebab. Orang kata saya meroyan, bagi saya itu normal, putus cinta kita menangis.

“Tiada sebab saya nak buka salah dia. Bagi saya dua-dua ada salah tetapi dah putus tak perlu nak kata dia salah. Saya tidak pernah cerita mengapa kami putus. Saya tiada sebab hendak tutup periuk nasi orang”.

Dengan kenyataan panjang lebar yang dikeluarkan Emma, Emma bukanlah seperti yang disangka mahu menjatuhkan nama bekas kekasihnya itu. Apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya yang tersendiri. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Emma.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s