Kaitan Nora Danish Dan Farid Kamil?

Apa pula kaitan terbaru tentang aktress comel Nora Danish dan Abang Kacak Farid Kamil ni? Kalau nak tau apa kaitan mereka ni, merupakan Hero dan Heroin dalam dua filem bergenre komedi seram dan komedi aksi.

Siapa yang belum layan Filem “Hantu Bungkus Ikat Tepi” ni lagi? Baik mengaku cepat! Hihi. MiG Online cuma nak bagitahu rugi gila kalau korang belum tengok filem komedi seram lakonan Nora Danish, Abam Bocey, Yus Jambu, dan Tauke Jambu ni.

Memang kelakar tak hingat, bila sekali nak tengok mesti nak tengok lagi. Sebuah filem bergenre komedi seram, yang memang akan buat penonton tak kering gusi dengan telatah 3 sahabat. Untuk pengetahuan, filem #HantuBungkusIkatTepi dapat sambutan yang memberansangkan. Respon penonton pun memang terbaik!

Tak percaya? Jom kita tengok sikit trailer “Hantu Bungkus Ikat Tepi”

Selain itu juga, filem terbaru “Abang Lejen” lakonan Farid Kamil, Intan Ladyana, Adiba Yunus dan Fadlan Hazim akan mula menemui korang 16 April ini iaitu (esok). Sebuah filem tentang kasih sayang seorang abang kepada adiknya apabila kematian ibu bapa mereka. Dengan lakonan dan watak bersahaja yang dibawakan oleh Intan Ladyana dan Farid Kamil, confirm buat korang geli hati. Boleh terbayang tak Farid Kamil, seorang yang macho, tapi menari Hindustan? Fuh, bukan senang nak tengok. Ni lah masanya korang layan filem “Abang Lejen” ni.

Sebelum tu, jangan lupa untuk terus support Filem “Hantu Bungkus Ikat Tepi” dan “Abang Lejen”, dengan #hashtag di akaun Instagram korang ok? Enjoy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s