Dendam Semalam, Takkan Pernah Padam?

Selamat petang korang, dah lunch belum? hihi. Mesti dah kan. Ok lah, cuma nak bagitahu korang, kalau free petang-petang ni, apa kata layan drama Dendam Semalam, harini dah nak masuk episod ke 14 tau! Yang bestnya, ada Iqram Dinzly, Azwan Kombos, Adiba Yunus dan ramai lagi.

Dendam Semalam ini berkisarkan tentang dendam seorang budak lelaki bernama Farizal (Iqram Dinzly) apabila mengetahui dirinya bukanlah anak kandung kepada keluarga berada. Rahsia terbongkar apabila Datuk Malik dan Datin Saerah memberi sepenuh perhatian kepada seseorang yang sebaya dengan dirinya.

Melihat perhatian yang berat sebelah itu, segala prasangka Farizal ternyata benar! Bahawa dirinya hanya anak angkat! Farizal menyimpan seribu dendam! Amirul (Azwan Kombos) merupakan anak sebenar kepada Datuk Malik dan Datin Saerah. Mengetahui dirinya sudah kurang diberi perhatian, Farizal rajuk lalu keluar dari rumah itu.

Sehingga meningkat dewasa, dendam di hati Farizal tidak pernah pudar! Farizal merencana ingin menghancurkan perniagaan Datuk Malik. Farizal berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah (Adiba Yunus). Perkahwinannya bukan atas dasar cinta, namun kerana dendam semata-mata.

Seterusnya, selepas hidup bersama Farizal dan disahkan mengandung, Atikah mengalami keguguran anak. Hidup Atikah bagaikan sudah tidak terurus dan turut terganggu emosinya. Apa yang akan berlaku seterusnya? Adakah berpunca daripada Lydia? Apakah yang akan terjadi kepada keluarga Amirul dan Atikah kini? Saksikan Dendam Semalam jam 4 petang ini.

Teruskan setia menonton drama Dendam Semalam di Slot Azalea setiap Isnin-Khamis, jam 4 pm. Untuk menyaksikan siaran ulangan akan ditayangkan setiap jam 1.30 am di Tv3. Kepada yang terlepas untuk menonton episod sebelum ini, juga boleh layari http://www.tonton.com.my. Selamat menonton🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s