Fesyen Terkini, Korang Nak Tau Tak?

Dunia fesyen kini semakin diminati dan digemari oleh anak-anak muda zaman sekarang. Pelbagai macam gaya yang boleh kita lihat pada tahun 2015 ni. Kalau korang nak tau, dari pemakaian juga boleh mencerminkan tingkah laku seseorang tau, orang luar pun boleh buat penilaian tentang kita hanya dari segi luaran iaitu pakaian sehari-harian kita. So, untuk korang semua, hati-hati dalam membuat pemilihan pakaian ok?

Kadang-kadang fesyen akan berubah  mengikut masa dan trend terkini. Setiap hari, fesyen seseorang mampu menggambarkan siapa diri kita sebenar. Adakah korang seorang yang ceria, yang simple, atau mungkin ingin lebihkan kesempurnaan? Let’s check it out!

Beberapa gaya fesyen MiG Online ada kumpulkan, mereka ni adalah MiG Talent. So, selain dari fesyen, korang pun boleh berkenalan jugak hehe. Selamat berkenalan ;

Azwan Kombos seorang pelakon yang berbakat besar. Namanya semakin dikenali dengan drama “Dendam Semalam” dan filem terbaru akan datang iaitu “Jalan Puncak Alam” Azwan ni seorang yang simple, tapi masih nampak bergaya walaupun dengan hanya mengenakan t-shirt, jogger pants dan kasut loafer. Still trendy! Korang pun boleh cuba🙂 Untuk mengikuti perkembangan Azwan di laman sosial, boleh follow di Instagram : @azwankombos

Tengku Fiella ni pula, seorang yang baru lagi dalam industri dan baru nak mencipta nama dalam industri. Antara telefilem yang pernah dilakonkan oleh Fiella ialah Selipar Jepun Stileto Merah. Awek yang wajahnya seakan-akan Neelofa ni, mengenakan mini dress bersama heels. Kombinasi yang menarik dan padan dengan citarasa remaja sekarang! Nak tau lebih lagi tentang Fiella, boleh follow Instagram di @Fiella_love

Ni Ikmal Amry ke Justin Bieber versi Malaysia ni. Eh? hehe. Anak seni yang baru berkecimpung dalam industri hiburan dan bakal muncul dalam supertele ‘Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana’. Seorang yang gemarkan sesuatu yang simple tapi nampak casual. Hanya dengan mengenakan t-shirt plain, jacket , jeans dan topi bercorak (bunga) mampu memberikan keserasian dalam pemilihan pakaian. Ok ini cool! Follow Ikmal di Instagram : @ikmalamry

Syaa Nasir, bintang yang bakal menyinar satu hari nanti. Mempunyai wajah yang comel dan cute! Syaa kini juga masih dalam shooting untuk filem lakonan pertamanya iaitu “Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana” bergandingan dengan Ikmal Amry. Seorang yang peramah dan senang bergaul, kali ini Syaa lebih selesa dengan gaya hipster. Dengan hanya menyarung jacket jeans, t-shirt (black), jegging pants dan bowler hat (topi), sudah menampakkan gaya hipster yang Syaa inginkan. Untuk tambahkan kecerian, boleh juga kenakan aksesori seperti Syaa pakai iaitu chocker necklace (rantai). Nice! Untuk follow Syaa di Instagram : @syaanasir_

Fahmy Reza, seorang yang kreatif dalam memilih gaya. Dia juga merupakan seorang pelakon baru dalam bidang lakonan. Pernah berlakon dalam telefilem ‘Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku’ yang ditayangkan di Hypptv, iaitu menerusi jalur lebar Tm Unifi. Fahmy juga akan muncul dalam supertele terbaru bersama rakan-rakan yang lain dalam “Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana”. Seorang yang mementingkan personaliti, untuk hari ini, lebih berkonsepkan smart casual. Dengan mengenakan blazer dan kemeja (tuck in), jeans dan boots sudah cukup untuk mengenali siapakah gerangan Fahmy ini sebenarnya. Apapun, memang smart! Follow Fahmy di Instagram : @fahmyreza

Navilya Husna juga orang baru dalam industri seni tanahair ni. Kalau korang selalu follow MiG Online mesti korang pernah tengok dia dalam post-post sebelum ini kan? Navilya merupakan heroin dalam telefilem”Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku”. Si cantik manis ni, juga sering mengayakan fesyen mengikut keselesaan. Overal pants dan stripe long sleeve shirt sangat menampakkan keceriaan pemakai. Stay cheerfull Navilya! Kalau korang nak tau aktiviti Navilya, boleh follow Instagram : @navilyahusna ok?

Selamat berkenalan dan selamat mencuba🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s