“ Apa Yang Kau Nampak, Bukan Macam Yang Kau Bayangkan”

Hai korang, hari-hari minggu ni korang dah tonton filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ dan ‘Abang Lejen’ belum? Kalau dah MiG Online nak bagi korang 4 Bintang!! (gaya ala-ala Nora Danish) hihi.

Terima kasih kepada yang dah menonton dua filem sekaligus untuk bulan April ni. Sambutan amat menggalakkan dari semua penonton. Feedback yang baik kami terima. Alhamdulillah🙂

Ok, selepas filem bergenre komedi seram ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’, dan komedi aksi ‘Abang Lejen’ selepas ini akan ada lagi satu filem seram terbitan Metrowealth (MiG).

Korang mesti pernah tengok post-post sebelum ini MiG Online ada bagitahu tentang kisah benar pengalaman pengguna jalan raya  di ‘Jalan Puncak Alam’ kan?

Untuk pengetahuan korang, filem ‘Jalan Puncak Alam‘ akan ditayangkan tak lama je lagi pada 7 Mei 2015. Filem ini dilakonkan oleh pelakon Azwan Kombos, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Zalif Sidek dan ramai lagi.

Setahu MiG Online, filem ini adalah dari himpunan kisah seram sebenar di sebatang jalan yang penuh misteri. Jalan cerita yang dilakonkan memang dari kisah-kisah yang terjadi di jalan tersebut. Kalau ada diantara korang yang tau tentang cerita ni, mesti tak sabar nak tengok betul tak?

Apa-apapun, nantikan filem bergenre seram yang akan menghantui korang sekali lagi di panggung iaitu ‘Jalan Puncak Alam‘  pada 7 Mei ini ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s