“Sama-Samalah Kita Membasmi Fitnah” – Tauke Jambu

Beberapa hari lalu, MiG Online berkesempatan menebual secara eksklusif salah seorang pelawak terkenal iaitu Tauke Jambu di TGV Wangsa Walk. Tauke dan Pak Yus yang pada ketika itu sedang mengadakan “Movie Day Out” bersama Kumpulan Jambu dan peminat untuk tayangan filem, “Hantu Bungkus Ikat Tepi” yang kini sudah berada di minggu yang terakhir.

Ditanya tentang isu yang berkaitan diri Tauke baru-baru ini, Tauke menjelaskan rasa sedikit kecewa dengan sesetengah pihak. Katanya ;

“Disini saya ingin menegaskan dan membersihkan kembali nama serta maruah saya yang sudah dicemarkan oleh sesetengah pihak yang telah menyebabkan prestasi saya tercemar.

“Ini terjadi dari beberapa pihak yang suka menyebarkan fitnah melalui media-media seperti blogger yang tidak rasmi dan penulis-penulisnya tidak ada etika dalam bidang kewartawanan”. 

Tambah Tauke lagi dia turut menegaskan supaya henti-hentikanlah menyebarkan fitnah kepadanya. Mungkin kali ini sudah tiba masanya untuk dia bertindak mempertahankan perkara yang telah menjatuhkan maruah dan mengaibkan dirinya. Jelas pelawak itu ;

“Kalau sebelum ini saya lebih banyak berdiam diri, tapi kali ini saya memang tidak boleh berdiam lagi. Saya menyeru kepada rakan-rakan di luar sana, apa-apa artikel ataupun blog yang anda baca, pastikan ianya sahih sebelum anda memberikan pendapat dan komen.

“Saya berharap, bersama-samalah kita membasmi fitnah, yang berleluasa dan mengurangkan dosa dengan mengata orang”.

Berikutan perkara tersebut, semua pun tahu yang Tauke telah pun membuat laporan polis. Ikut Tauke lagi, perkara ini adalah sebagai pengajaran dan peringatan kepada blogger-blogger di luar sana supaya tidak sewenang-wenangnya membuat cerita tanpa usul periksa.

Tambahnya lagi, dia berbuat demikian hanyalah untuk membersihkan namanya, jika ini adalah yang terbaik untuk kerjaya dan masa depannya.

Tauke turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat diatas sokongan mereka yang telah menonton filem lakonannya “Hantu Bungkus Ikat Tepi“. Harapannya ialah semoga akan lebih ramai lagi yang akan menonton filem tempatan pada masa akan datang.

MiG Online doakan, semoga selepas terjadinya perkara sebegini akan lebih membuka pintu rezeki buat Tauke dalam bidang hiburan. Amin🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s