Kisah Benar : Pengalaman Pengguna “Jalan Puncak Alam”?

Selalu kita dengar kisah-kisah seram terjadi di jalan yang gelap dan tidak berpenghuni. Kali ini, kisah misteri sebenar akan diterbitkan tak lama lagi melalui sebuah filem iaitu “Jalan Puncak Alam” yang akan ditayangkan pada 7 Mei ini.

Filem ini adalah dari beberapa kisah yang terjadi dan merupakan pengalaman mereka yang menggunakan jalan tersebut.

Antara pengalaman yang menarik minat MiG Online, kisah ni berlaku 2 tahun lepas, pada waktu itu aku, anak aku si kakak berusia 2 tahun & si adik pula berusia 9 bulan. Perjalanan dari kampung ke Shah Alam selalunya aku dan suami akan gunakan ‘jalan dalam’ bermaksud ikut jalan kampung.

Keluar dari rumah jam 4.30ptg. Masa tu hujan agak lebat, adik & kakak tidur kat belakang dengan bibik. Ngam-ngam belok lepas kat pasir penambang tu, si adik menangis. Bukan nangis biasa tu, tapi terus nangis melalak. Aku tengok jam dalam pukul 7.30pm macam tu..magrib !!

Aku tanya bibik, “kenapa adik nangis ni bik..tak tahu bu..tiba-tiba jer, bagi susu pun tak nak“..aku ambik bawak ke depan..dia melalak lagi..sambil tengok ke belakang..tangan dia genggam baju aku..macam nampak sesuatu kat belakang..Aku ni memang cepat terasa bab-bab seram ni..bulu roma terus naik..rasa cam berdebar-debar. Jarang lar adik nangis melalak cam ni..

Aku bagi balik adik ker bibik..adik gengam bibik semakin kuat..nangis pun makin kuat..sambil tgk ker belakang. Ibu..ibu..bibik rasa ada yang ngak beres ni bu, bibik kok rasa seremm”(kata bibik dlm lorat indon) Jalan yg kitaorang lalu ni mmg gelap..siapa tahu jalan yang tembus dekat ijok lepastu keluar kat puncak alam..mesti tahu jalan tu memang gelap & sunyi.

Tetiba si kakak yg lena tido..merengek sambil mata pejam..sambil ckp hish..hishh..sambil tepis-tepis kat kaki..pastu hish..hishh..tepis-tepis kat muka dia..tapi dalam keadaan mata terpejam? Mcm ada benda yg mengusik…

Aku ambil si adik bawak depan..pastu suami aku ambil dukung sebelah tangan..tangan satu lagi pegang stereng kereta. Tetiba, “Yang..yang ambik adik, cepat..aku ambik adik balik..panik sungguh masa ni..nak buat apa ni?Badan adik mengigil-gigil. Cuba pasang CD mengaji tu, aku pasang high volume, adik yg dalam pelukan aku ni semakin kuat menangis, kali ni tak tengok ke belakang..dia tengok ke tingkap pulak..Ya Allah, aku ni baca ayat kursi..3..4 kali..terkumat kamit, tak jalan pun..

Aku ambik phone call bapak mertua aku yang pandai sikit bab-bab ni. “Hello pa, ni adik nangis mcm ada yg tak kena jer. Letak telefon kat telinga dia“. Aku sambil riba adik, ambik phone letak dekat telinga dia..adik lagi melalak, semakin kuat..Ya Allah kenapa ni?

“Dengar papa ckp ni..temukan dahi adik dengan dahi kamu, lepas tu baca ayat kursi, al-fatihah & 3 kul..tentang mata dia”..ok pa..ok..masa ni ada bau yg kurang enak dalam kereta..tapi kitaorang diam jer.

Akupun buat macam papa suruh..sambil terketar-ketar aku baca..masa ni takutnya sampai mengalir air mata aku. Habis jer baca, bibik tetiba menjerit kat belakang..aku tergamam jap..zuupppppsss.. bulu tengkok naik tetiba, serius aku rasa ada benda yang keluar terbang dari dalam kereta macam ada angin lalu.

Bibik yg duduk diam kat belakang..tiba-tiba mengelabah..Ya Allah..bu, Ya Allah bu”,  jerit bibik

Sampai jer simpang tiga ke puncak alam tu, adik tiba-tiba berhenti menangis. Tiba di satu stesen minyak berhampiran, dalam pukul 9 malam, aku tanya soalan kepada bibik, kenapa menjerit tadi bik?

“Ibu ngak lihat ker? Aduhh bu..rambutnya hitam panjang buu…terbang keluar di depan ibu tadi..pasti adik menangis diganggu mak lampir tu bu”.

Aku terdiam, patutlah aku terasa ada something yang keluar dari dalam kereta tadi.

Suami aku pun bersuara, “Abang, dari start adik nangis tadi dah dapat rasa..bila abang dukung adik tu..adik rasa berat sangat..tu yang abang suruh ambik balik tu..mungkin benda tu berpaut kat adik..

“Lepastu tak perasan ke, kereta belakang bagi double lampu kat kita..pastu semua kereta macam jauh-jauh dari kereta kita..semua tak nak dekat”. Lutut aku ni tetiba mengigil balik..Ya Allah syukur lah aku tak nampak.

Sampai sekarang kalau teringat terus rasa nak demam. Korang yang lalu ikut jalan tu, jangan lah balik malam-malam. Sejak haritu aku trauma kalau lalu “Jalan Puncak Alam” tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s