Bintang Baru Menghiasi MiG Talent?

Bakat & kecantikan wajah merupakan faktor utama gadis-gadis di bawah ini, yang juga merupakan artis semakin digemari dan dikenali ramai. Mesti ada yang tertanya-tanya, siapa agaknya gadis-gadis yang selalu menghiasi majlis MiG Online anjurkan ni kan? Hah, kalau korang nak tau, jom MiG Online share siapa dorang sebenarnya. Hanya khas untuk pembaca-pembaca setia MiG Online. hihi

Kalau sebelum ini, MiG Online ada kongsikan tentang pelakon baru dibawah pengurusan MiG Talent yang bakal muncul dikaca televisyen korang kan. Harini, MiG Online berkesempatan nak kenalkan korang dengan beberapa gadis comel yang merupakan wajah baru dalam MiG Talent. Nak tau siapa? Jom kita check it out!

Antara gadis-gadis yang baru sahaja menjadi keluarga MiG ialah Fazreen Fazera. Berasal dari Kuala Lumpur, Fazreen ni sangat lembut je orangnya. Soft spoken dan juga seorang yang senang bergaul. Baru sahaja terpilih selepas casting bersama MiG. Apapun, tahniah untuk Fazreen🙂

Buat masa ni, Faz masih baru dan banyak yang perlu dia pelajari tentang lakonan. So, kalau korang nak berkenalan dengan Fazreen boleh lah follow akaun Instagram Fazreen di @fazreenfazera ok?

Seterusnya, mungkin korang kenal dengan dia kan? Fara Mendoza atau lebih mesra dengan panggilan Fara. Fara ni peramah orangnya. Seorang yang sangat ramah dan sedia terima segala teguran yang diberi. Selain tu juga, Fara ni pernah berlakon dalam drama bersiri seperti Suamiku Encik Sotong dan filem akan datang iaitu ‘Keranda Tok Wan Terbang’.

Walaupun, baru berada dalam industri, Fara sering mengambil peluang yang ada untuk teruskan impian yang diingini untuk menjadi pelakon yang berjaya satu hari nanti. Apapun, goodluck untuk Fara ok! Nak tau tentang aktiviti Fara lebih lagi, boleh follow di Instagram iaitu @faramendoza 

Seorang lagi jelitawan yang mewarnai family MiG ialah Hida Nasir. Kalau korang jumpa Hida ni, dia memang cantik dan tinggi lampai orangnya. Seorang yang pemalu dan pendiam, tapi mempunyai perwatakan yang menarik. Walaupun dia mula-mula agak pendiam tapi bila korang dah kenal dan biasa dengannya, dia adalah seorang yang peramah dan sering minta untuk ditunjuk ajar. Senang untuk bekerjasama dengan Hida ni.

Ada yang dah jatuh hati dengan Hida ke? Hehe. Kalau nak tau lagi dan lebih tentang Hida, boleh ikuti perkembangan Hida di Instagram peribadinya @hida_nasir ok?

So, apa pendapat korang tentang talent baru di MiG? ‘Melting’ ke tidak? hihi. Tunggu next post MiG Online lagi minggu depan ok? Selamat berkenalan untuk jejaka-jejaka dekat luar sana. See ya🙂

One thought on “Bintang Baru Menghiasi MiG Talent?

  1. Tahniah pd new talent MIG yg terpilih…..sy percaya atas kepercayaan yg diberikan pd talent talent baru oleh pihak MIG pasti akan memberi impak yg lebih proaktif kepada MIG…ape yg penting,peluang yg datang hanya sekali dan gunalah peluang yg diberi itu dengan sebaik yg mungkin…tahniah skali lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s