Majlis Resepsi Sam Bunkface Dimeriahkan Rakan Karib?

Bagai pinang dibelah dua MiG Online tengok pengantin baru Sam Bunkface dan Aida Azira ni. Kalau semalam, MiG Online ada kongsikan gambar pernikahan mereka. Harini, MiG Online nak share pula gambar majlis resepsi yang telah diadakan pada sebelah malam bagi pihak lelaki.

Majlis tersebut dikatakan meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan rapat Sam. Mana taknya, macam yang semua tahu, jika kumpulan Bunkface ada ‘event’, mereka mesti bersama kemana-mana. Inikan pula hari bersejarah dalam hidup Sam. Nampak Sam ‘happy’ sangat bila rakan yang selalu disamping, hadir pada hari bahagianya.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sapura Building, The Mines, Seri Kembangan memberi seribu satu makna kepada pasangan merpati dua sejoli ini.

Seperti yang telah diketahui umum, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas jumlah yang sama daripada pihak pengantin perempuan.

Sementara itu, Aida menerima hantaran mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah serta sepasang set telekung. Hantaran kepada pihak lelaki pula dibalas dengan sebentuk cincin, senaskah al-Quran dan sehelai sejadah.

Bila ditanya tentang percutian bulan madu mereka, mereka memilih Koh Tao, Thailand kerana mereka sememangnya gemar melancong dan begitu mencintai suasana pantai dan tambahnya bakal bercuti di sana selama lima hari. Wow, seronoknya!

Tumpang gembira MiG Online melihat kebahagiaan mereka. Tak sabar pulak nak tunggu Sam & Aida Junior, hehe. Moga cepat-cepat dapat baby yang comel-comel ok? Selamat Pengantin Baru🙂

One thought on “Majlis Resepsi Sam Bunkface Dimeriahkan Rakan Karib?

  1. Name saye muhamad syukri bin muhamad ismail umur 16thn asal orang kulim kedah. Saya ingin menjadi artis kerana ingin menolong ibu bapa dan diri sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s