Izara Aisyah Sering Diganggu Makhluk Halus?

Kalau nak cerita tentang pengalaman seram, macam-macam perkara boleh dikaitkan dengan seram ni betul tak? Tapi bila berkaitan dengan makhlus halus ataupun benda ghaib ada yang mempunyai pandangan seperti ianya direka-reka. Dan mungkin juga ada yang ragu-ragu tentang kewujudan benda halus ni. Ianya terpulang kepada seseorang individu samaada mahu percaya atau tidak.

Tapi bila ditanya kepada pelakon cantik Izara Aisyah tentang pengalaman seramnya, Izara berkongsi dia memang pernah mengalami kejadian seram berkaitan benda halus ni. Jelas Izara;

“Izara memang sering diganggu dengan benda-benda macam ni. Dah tak terkira dah, semua waktu ada.

“Kadang-kadang ada yang disebabkan tempat tersebut memang keras, dan ada yang mengikut. Macam-macam perkara yang Izara lalui seperti penunggu, penjaga semua ada sebelum ini.”

Diminta mengulas bagaimana cara untuk Izara atasi benda-benda halus ini dari mengekori. Tambah Izara lagi :

“Perkara macam ni kita perlu buat tak tahu tentang kewujudannya dan baca ayat Kursi adalah cara terbaik.”

Pada MiG Online, Izara ni kuat semangat jugak lah orangnya apabila menghadapi perkara-perkara sebegini. Sesetengah orang mungkin akan lemah semangat lagi-lagi perkara yang berhadapan dengan makhlus halus ni betul tak? Korang pulak macam mana? Apapun, jangan lupa nantikan himpunan kisah seram sebenar dari filem ‘Jalan Puncak Alam‘ yang bakal menemui korang 7Mei ini. Tunggu…

One thought on “Izara Aisyah Sering Diganggu Makhluk Halus?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s