Di Sebalik Jalan Puncak Alam?

Bila sebut perkataan ‘malam’, mesti ada yang bermain-main difikiran tentang pelbagai bayangan mahupun ilusi. Kadang-kadang, ilusi itu mengawal pemikiran kita sehingga kadangkala merasakan ada sesuatu yang sedang memerhati pada waktu malam yang sunyi.

Mesti ada yang pernah dengar Jalan Puncak Alam? Jika sebelum ini tentu korang ada terbaca tentang post-post MiG Online tentang ‘Jalan’ tersebut.

Untuk pengetahuan, filem terbaru terbitan Mangkin Prestij ini ialah berkaitan dengan jalan yang sering dilalui oleh pelajar-pelajar di kawasan berdekatan.

Jalan tersebut memang terkenal dengan pelbagai kisah misteri sehinggakan Mangkin Prestij mengambil pendekatan untuk menerbitkan filem “Jalan Puncak Alam” berdasarkan himpunan kisah sebenar menerusi pengalaman-pengalaman pengguna jalan raya.

Filem ini adalah tentang sebuah kisah seram yang terjadi kepada pelajar-pelajar kampus tersebut. Seorang pelajar yang bernama Azizi (Azwan Kombos) menghadapi masalah apabila motorsikal yang dinaiki kehabisan minyak. Kemudian, dia meminta pertolongan dari rakannya bernama Hanif iaitu (Niezam Zaidi) untuk membantu mengambil dia dari tempat tersebut memandangkan hari sudah lewat malam. Dan seterusnya, bermulalah kisah-kisah misteri sepanjang mereka melalui kawasan tersebut.

Dari pemerhatian MiG Online, ramai yang dah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan, betul ke? Hihi. Nantikan filem terbaru Mangkin Prestij iaitu “Jalan Puncak Alam” pada 7 Mei ini, di pawagam berdekatan korang ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s