Yang Mati Belum Tentu Pergi?

Salam Jumaat dan Selamat Bercuti untuk semua. Hari cuti ni pergi ke mana? hihi. Mesti ramai yang pulang ke kampung kan? Apa-apapun, mana destinasi korang, mesti lah sentiasa berhati-hati ok? Ingatlah orang yang tersayang🙂

Sebelum itu, MiG Online nak tanya, siapa yang tau mengenai ‘Badi‘? Mungkin sebelum ini ada diantara keluarga korang pernah terkena Badi. Pada pandangan MiG Online, Badi ini macam sesuatu yang mempunyai hubungan khusus antara spiritual dan roh manusia. Kesan daripada penyakit ini akan menyebabkan seseorang itu hilang kestabilan diri, perasaan yang tidak menentu dan berubah-ubah, rasa lemah dalam diri, takut, fikiran bercelaru, tidak dapat tidur dan bermacam lagi yang membawa kepada perubahan tingkah laku dan perwatakan seseorang.

Antara jenis badi adalah seperti badi mayat dan badi binatang dan lain-lain. Badi mayat misalnya dihadapi apabila seseorang itu melihat mayat dijalan raya akibat kemalangan jalan raya, mengiringi dan memandikan jenazah, memangku mayat orang yang membunuh diri dan lain-lain yang berkaitan dengan mayat manusia. Seram tak?

Untuk pengetahuan, filem bergenre seram sekali lagi akan menghantui korang yang bertajuk ‘Badi‘. Antara pelakon yang melakonkan watak dalam filem tersebut ialah Azwan Kombos dan beberapa pelakon baru seperti Haniff Safuan, Sharissa Haris, Navilya Husna dan ramai lagi.

Nantikan kemunculan filem ‘Badi’ akan datang yang tentunya akan merasuk jiwa korang tak lama lagi . Yang pastinya” Yang Mati Belum Tentu Pergi ” …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s