Ramona Zam Zam Pilih Lombok Atau Bali Untuk Berbulan Madu

Alhamdullillah, berseri pengantin baru ini MiG Online tengok. Tahniah diucapkan buat pelakon cantik, Ramona Zamzam yang telah selamat bergelar isteri kepada Rami Alashkar, jejaka dari Palestin dengan hanya sekali lafaz petang semalam di Kayangan Heights.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan seadanya. Oleh kerana adik Rami akan mengadakan majlis kahwin bulan Ogos di Qatar maka kami disyorkan untuk menganjak perancangan itu sebulan selepas itu”

“Oleh kerana terlalu lama jarak menanti, kami putuskan untuk bernikah lebih awal dan mempercepatkan apa yang patut,” kata Ramona yang menerima hantaran mas kahwin RM300, bagaimana pun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Ikut Ramona lagi, percintaan mereka yang hampir menjangkau dua tahun ini, dia menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang pandai memujuknya serta sangat memahami personalitinya. Selain itu pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu di Bali mahu pun Lombok.

“Ikutkan tak fikir lagi nak berbulan madu di mana. Tapi semestinya kami nak ke destinasi yang ada pulau dan cahaya matahari kerana kami berdua suka dengan persekitaran sebegitu. Saya ada mencadangkan ke Lombok dan Bali. Kalau suami beri lampu hijau, maka mungkin kami berdua akan jejak ke situ”

“Buat sementara waktu, kami hanya boleh fikirkan destinasi yang dekat-dekat dahulu kerana bulan September ada resepsi kami. Nak pakai duit macam-macam, lalu fikirkan yang terdekat sahaja,” katanya.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ramona Zam Zam dan pasangan. Semoga bahtera yang dibina ini akan berkekalan hingga ke Syurga, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s