Kisah Ngeri Sebenar Diceritakan Oleh ‘Seseorang’ Di Jalan Puncak Alam?

Seperti semua sedia maklum, Mangkin Prestij bakal menerbitkan sebuah filem bergenre seram,’Jalan Puncak Alam’ yang akan bermula pada 7 Mei ini (Khamis).

Sebelum memulakan pembikinan filem ini, kami ada mendapatkan maklumbalas tentang kawasan tersebut oleh pengguna-pengguna ‘Jalan Puncak Alam’.

Ada satu kisah benar yang ingin MiG Online kongsikan disini, seorang lelaki yang tidak ingin dikenali namanya, dia ada mempunyai dua pengalaman yang menyeramkan ingin dikongsikan apabila melalui jalan tersebut. Ceritanya bermula ;

Pengalaman dan kisah sebenar yang terjadi kepada saya apabila saya melalui jalan tersebut untuk menghantar barang seorang pembeli komputer riba sekitar 3, 4 tahun yang lepas. Selepas menghantar barang tersebut, dalam perjalanan balik tiba-tiba dalam sekilas pandang, saya ternampak satu kelibat seperti lembaga sedang ‘bertenggek’ diatas papan tanda. Walaupun waktu tersebut memang menyeramkan, tapi saya tetap meneruskan perjalanan dan berdoa agar tidak diapa-apakan”.

“Seterusnya, pengalaman kedua pula apabila saya hendak pergi ke Puncak Alam ketika saya sedang memandu, tiba-tiba saya rasa seperti pemikiran saya melayang, dan tak nampak apa-apa. Dan apabila saya tekan brek, sedar-sedar saya dah berada di tepi tasik. Sejak dua kejadian tersebut berlaku kepada diri saya sendiri, sampai ke hari ini saya memang dah tak pergi lagi ke sana”.

Selepas MiG Online dengar cerita dari beliau, meremang juga bulu roma. Mana tak nya, MiG Online terasa seperti MiG Online yang berada di tempat kejadian. Fuh, memang menakutkan. Banyak lagi kisah seram sebenar bakal korang saksikan dalam filem ini. Apapun, jangan lupa 7 Mei ini pakat ramai-ramai ajak kawan-kawan yang pernah menuntut di salah satu institusi di sana untuk pergi menonton filem tersebut di pawagam berdekatan korang ok? Mana tau, pengalaman korang pun lebih kurang sama dengan filem ini kan?

MiG Online nak share dengan korang trailer Jalan Puncak Alam ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s