Kisah Misteri Berlaku Dalam Filem “Jalan Puncak Alam” Buat Penonton Bertanya?

Majlis Tayangan Perdana filem “Jalan Puncak Alam” telah berlangsung semalam dengan meriahnya di TGV Sunway Pyramid. 

Majlis tersebut telah dihadiri oleh barisan pelakon filem tersebut seperti Niezam Zaidi, Azwan Kombos, Epy Kodiang, dan ramai lagi . Selain daripada itu juga, pihak media turut hadir dan tidak henti-henti memberikan sokongan terhadap filem-filem tempatan di Malaysia. Jutaan terima kasih MiG Online nak ucapkan kepada semua yang hadir.

Untuk pengetahuan, filem terbitan yang ke-5 oleh Mangkin Prestij ini dibina berdasarkan pengalaman dan kisah benar yang terjadi oleh pengguna jalan tersebut. Filem seram yang Mangkin Prestij cuba tampilkan ini merupakan filem yang lain dari yang lain kerana MiG Online yakin, ramai yang cukup ‘familiar’ dengan kawasan tersebut dan mungkin juga ada yang pernah melalui perkara dan pengalaman yang sama seperti dalam filem.

Selepas menonton filem tersebut semalam, ramai penonton yang bersependapat tentang keserasian diantara Niezam dan Azwan memang terbaik.

Filem bergenre seram “Jalan Puncak Alam” ini mengisahkan tentang seorang pelajar yang bernama Azizi (Azwan Kombos) menghadapi masalah apabila motorsikal yang dinaiki kehabisan minyak. Kemudian, dia meminta pertolongan dari rakannya bernama Hanif iaitu (Niezam Zaidi) untuk membantu mengambil dia dari tempat tersebut memandangkan hari sudah lewat malam. Dan seterusnya, bermulalah kisah-kisah misteri dan pelik sepanjang mereka melalui kawasan tersebut.

Nak tau apa yang pelik dalam ‘Jalan Puncak Alam‘ ni, kenalah tonton pada 7 Mei ini ok?

Jangan lupa untuk saksikan ‘himpunan kisah seram sebenar di sebatang jalan yang penuh misteri’. Jom MiG Online kongsikan gambar di sekitar Malam Tayangan Perdana filem “Jalan Puncak Alam  ;

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s