Awi Rafael Tukar Bidang Lakonan?

Pada hari rabu lalu, Mangkin Prestij telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Supertele terbaru iaitu “Mana Burger Mak”, “Hantu Raya Tumpang Beraya” dan “Member Superstar Balik Raya”.

Hah, sampai tiga Supertele  Mangkin Prestij bakal terbitkan untuk tontonan korang nanti tau, hihi. Majlis tersebut telah diadakan di Wisma Metrowealth dan turut dihadiri oleh pelakon-pelakon yang memegang watak dalam supertele MiG Online sebutkan tadi.

Antara pelakon yang turut hadir semalam ialah Yus Jambu, Shima Anuar, Adiba Yunus, penyanyi Awi Rafael dan ramai lagi.

Mesti ada yang tak sangka kenapa Awi Rafael ada kan? Takkan Awi dah tukar ke bidang lakonan pulak kan? Ye, Awi akan berlakon dalam Supertele yang Mangkin terbitkan ni, tapi bukan lah terus menukar bidang. Awi masih lagi akan terus menyanyi, so jangan risau ok. hihi

Selain itu juga, MiG Online dapat tahu penggambaran untuk supertele ‘Mana Burger Mak‘ telah pun bermula semalam. Diharapkan semua peminat industri hiburan tanahair akan sentiasa mendoakan semoga segala urusan akan lebih dipermudahkan hendaknya.

Apa-apa pun MiG Online nak kongsi dengan korang beberapa gambar di sekitar Majlis Doa Selamat dan Pelancaran Supertele tu, jom layan jap🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s