Qi Razali Jatuh Dari Bumbung?

Dah lama kita tak dengar cerita tentang seorang pelakon ni, iaitu Qi Razali. Semua pun tahu tentang perhubungannya dengan si cantik Nelydia Senrose kan? Suka MiG Online tengok perhubungan dorang, sweet je. Apapun, MiG Online doakan yang terbaik untuk hubungan mereka.

Yang paling terbaru cerita berkenaan Qi ni, katanya Qi jatuh dari bumbung. Mesti ada peminat Qi yang risaukan keadaan Qi bila MiG Online bagitau tentang berita ini kan. Betul tak?

Hah, tapi korang janganlah salah sangka. Memang betul Qi Razali jatuh dari bumbung tapi hanya dalam filem sahaja. Hihi. MiG Online saja nak gurau-gurau manja dengan korang.

Untuk pengetahuan, filem terbaru Qi bergandingan bersama Nora Danish yang bertajuk ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘ mendapat respon yang baik dari peminat yang gemarkan filem romantik komedi.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.

Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.

Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.

Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .

Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin ,manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka.

Baru dengar sinopsis je mesti ada yang dah tersenyum-senyum kan? hihi. Nak tau bila kemunculan filem “Suamiku Jatuh Dari Langit” ni? Nantikan tayangan filem bergenre romantik komedi akan datang ok🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s