“Jalan Puncak Alam” Terus Menjadi Pilihan Penggemar Filem Tempatan?

Hai semua pembaca setia MiG Online, untuk pengetahuan korang hari ini dah bermula minggu ke-2 tayangan Filem “Jalan Puncak Alam” di panggung. Tapi ada ke lagi yang belum menonton filem bergenre seram bualan ramai ni?

Hah, kalau korang belum menonton filem lakonan Azwan Kombos, Niezam Zaidi dan ramai pelakon yang hebat-hebat ni lagi, apa kata korang serbu sekarang pawagam berhampiran yang pastinya akan buat korang ingin tahu apa sebaliknya yang terjadi di sepanjang jalan tersebut.

Dari maklumbalas penonton yang telah menonton filem ini, setiap kejadian yang terjadi di dalam filem tersebut sememangnya akan memberi impak yang besar kepada penonton yang memahami dan menghayati apa yang tersirat dan tersurat tentang ‘jalan gelap’ itu.

Kisah tersebut bermula, mengisahkan dua pelajar, Haniff (Niezam Zaidi) dan Azizi (Azwan Kombos) yang mengalami kejadian pelik dan menyeramkan ketika melalui “Jalan Puncak Alam”.

Azizi yang ketika itu menaiki motosikal menggunakan jalan pintas iaitu Jalan Puncak Alam untuk pulang ke rumahnya mengalami masalah apabila minyak motosikalnya habis tiba-tiba sedangkan dia baru saja mengisinya pada waktu pagi. Dia menghubungi Haniff untuk membantunya dan ketika Haniff dalam perjalanan, dia turut mengalami peristiwa yang tidak pernah dilaluinya sebelum ini.

Azizi juga mengalami perkara yang sama apabila dia bertembung dengan makhluk aneh. Apabila Haniff bertemu Azizi, semuanya hampir selesai, namun pertemuan Azizi dengan seorang pengail ikan membongkar satu rahsia.

Apakah rahsia itu? Berjayakah mereka keluar daripada kemelut di Jalan Puncak Alam? Segalanya akan terjawab dalam filem seram ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s