Zamarul & Diana Rafar – Kalau Jodoh Memang Tak Ke Mana

Selamat pagi semua. Ha, harini MiG Online nak cerita sikit. Teruja betul MiG Online dapat berita gembira pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan ni. Alhamdullillah, tahniah diucapkan kepada pasangan pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang telah selamat kembali menjadi suami isteri semalam.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Zamarul dan Diana telah bercerai dan hidup berasingan selama empat bulan.

Lafaz rujuk tersebut telah dibuat di Mahkahmah Rendah Syariah Shah Alam dan Hakim Syarie, Mohd Hisham Zakaria telah mengesahkan lafaz itu pada jam 3 petang semalam.

Mereka berdua kelihatan memakai pakaian serba hitam dan Diana Rafar sempat memuat naik video mereka ditemu bual dengan caption, ‘ Terima kasih Allah terima kasih semua syukur Alhamdulilllah…’

Sehari sebelum lafaz nikah, Zamarul Hisham ada memuat naik satu gambar di laman instagram miliknya di sebuah kedai barangan kemas, Bainy Gold & Diamond dengan kapsyen ‘sweet’ yang menunjukkan betapa dia rindukan Diana Rafar dan masih sayangkan isterinya itu.

MiG Online nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada mereka berdua. Yang pastinya mereka masih lagi menyayangi antara satu sama. Mudah-mudahan perkahwinan mereka selepas ini akan lebih diredhai dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Biasanya orang-orang dulu selalu cakap kalau dah jodoh tu memang tak kemana betul tak? Hah, kebetulan berkaitan pula dengan tajuk terbaru supertele terbitan Mangkin Prestij iaitu “Kalau Dah Jodoh Memang Tak Pergi Ke Mana” yang akan bermula 1 Jun ini di Hypptv, HyppFlickplus. So untuk korang yang sedang dilamun cinta ni, bolehlah layan lakonan Niezam Zaidi dan artis baru Syaa Nasir nanti ok, sebelum tu jangan lupa untuk melanggan Tm Unifi🙂

One thought on “Zamarul & Diana Rafar – Kalau Jodoh Memang Tak Ke Mana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s