” Jangan Ambil Rumah Kami”

Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tetapi ada meninggalkan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.

Namun, muncul pula seorang peguam yang ingin menerangkan tentang pembahagian harta kepada mereka. Dalam pada itu, secara tiba-tiba datang waris kepada harta tersebut dan mahu merebut rumah peninggalan kedua-dua orang tua mereka.

Bermulalah adegan-adegan lucu dan strategi yang dilakukan oleh dua beradik genius tersebut untuk menghalang waris-waris yang mahu mengambil rumah pusaka mereka.

Sebuah filem terbaru terbitan Mangkin Prestij “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” telah dilakonkan oleh Intan Ladyana, Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan, adik Muntaza Ghani, adik Firdaus Ghufran dan ramai lagi.

Filem yang mengisahkan tentang kecerdikan kanak-kanak zaman kini yang mampu untuk mengendalikan orang yang mahu mengambil kesempatan ke atas mereka. 

Nak tau apa yang terjadi seterusnya kepada mereka? Berjaya ke waris tersebut merampas rumah peninggalan orang tuanya? Saksikan filem “Misi Rayyan & Danish : Ambil Rumah Kami” pada 15 Ogos ini di pawagam berhampiran anda🙂

One thought on “” Jangan Ambil Rumah Kami”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s